BETULKAN YANG BIASA, BIASAKAN YANG BETUL.

VISI
Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

MISI
Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

Rabu, 20 Jun 2012

TAKLIMAT OLEH PPA KEMAMAN TENTANG AMALAN 5S PERINGKAT ZON TIMUR

Diadakan di Bilik APD kolej Vokasional Kuala Terengganu bermula jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang. Ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Tuan Pengarah KVKT, Tuan haji Hussin b. Yusof.

Ahad, 17 Jun 2012

JK PROMOSI

Mesyuarat telah diadakan pada...

Kursus Pendedahan Amalan 5S


PELANCARAN AMALAN 5S DI KVKT




Pelancaran diadakan pada 17.6.2012



Gimik Pelancaran 5S oleh Tuan Pengarah Kolej Vokasional K.Trg






Penyerahan Fail kpd Penyelaras Unit Dokumentasi


Penyerahan Fail Kpd Penyelaras Unit Promosi





AMALAN 5S

5S Penyelesaian Bijak

Dokumen yang disusun kemas memudahkan pencarian apabila dikehendaki
Konsep 5S mula diperkenal di negara Jepun pada awal tahun 1980an. Tujuannya menjadikan tempat kerja selesa dan kemas.
 Kejayaan pelaksanaan Program 5S di negara itu, terutama dalam sektor perindustrian, telah membawa kepada penggunaannya secara meluas di seluruh dunia pada hari ini. Di Malaysia, konsep itu mula diperkenal pertengahan tahun 1980an dan telah dipraktikkan dalam sektor swasta terutama syarikat-syarikat multi-nasional.

Mengapa Perlu 5S?

Program 5S adalah usaha keseluruhan organisasi bagi menjadikan tempat kerja bersih, tersusun dan bersistem. Melalui amalan 5S, kita akan membina disiplin dan etika kerja yang baik di kalangan warga kerja yang akan menghasilkan prestasi kerja yang lebih baik, kerja berkualiti, memupuk semangat berpasukan dan tolong-menolong yang tinggi.

Amalan 5S juga merupakan teknik yang paling berkesan bagi mewujudkan budaya peningkatan secara berterusan atau dikenali sebagai ‘Kaizen’ dalam Bahasa Jepun.

Perbadanan Produktiviti Negara ( NPC) merupakan antara jururunding kepada organisasi yang berminat melaksanakan Program 5S di negara ini. Perkhidmatan itu disediakan kepada organisasi swasta dan kerajaan. Setiap organisasi yang mendapatkan perkhidmatan NPC akan diberi latihan (3 sesi) dan lawatan konsultasi (6 sesi).

Kakitangan diberi kebebasan menunjukkan kreativiti masing-masing
Objektif Utama Program 5S

Membina budaya Kaizen di tempat kerja

Membina kerjasama melalui penyertaan semua

Membina amalan kepimpinan pengurus dan penyelia

Meningkatkan infrastruktur untuk melaksanakan program Kaizen yang lebih maju

Ada dua pendekatan untuk mengamalkan 5S:

Pendekatan Kaizen

Pendekatan Inovasi

Oleh sebab 5S merupakan aktiviti yang berorientasikan manusia dan proses, pendekatan Kaizen adalah cara terbaik di mana pembaikan dilakukan secara sedikit demi sedikit tetapi berterusan. Bagi menjayakan Program 5S bukanlah semudah yang disangka. Untuk tujuan itu, komitmen yang tinggi diperlukan daripada semua peringkat kakitangan. Antaranya :

Mengamalkan budaya kerja 5S

Menetapkan agenda perbincangan untuk pembangunan Program 5S

Meningkatkan pengetahuan berkaitan 5S

Meluangkan masa untuk 5S

Melaksanakan program 5S secara teratur tanpa tergesa-gesa

Memperuntukkan sedikit kewangan untuk pelaksanaan
Pelaksanaan


Pertama -Mengamalkan Seiri (Sisih)
Menyisih dan membuang barang yang tidak perlu di tempat kerja.

Kedua -Mengamalkan Seiton (Susun)

Menyusun dan menyimpan barang dengan kemas supaya mudah untuk diambil dan disimpan semula selepas digunakan.
Tempat simpanan boleh diakses oleh semua kakitangan.
Barang atau dokumen yang paling kerap digunakan diletakkan di tempat yang mudah dicapai.
Semua tempat dokumen atau barang diberi label.
Gunakan warna label bagi mendapatkan keceriaan.

Ketiga – Melaksanakan Seiso (Sapu)

Bentuk tugas pencucian dan mengemas mengikut kumpulan
Mempamerkan peta kawasan pembersihan dan tugasan
Menggabungkan aktiviti sapu,kilatkan,semak dan betulkan
Buat dengan kerjasama semua kakitangan

Keempat – Melaksanakan Seiketsu (Seragam)

Apabila tiga konsep di atas dilakukan akan wujud penyeragaman
Peraturan yang boleh dipatuhi oleh semua kakitangan diwujudkan

Kelima -Mengamalkan Shitsuke (Sentiasa Amal)

Audit dalaman 5S dilakukan secara berterusan
Melantik orang yang bertanggungjawab untuk kawasan tertentu
Memberi hadiah atau penghargaan bagi kumpulan yang berjaya mengamalkan 5S

Keenam -Persijilan 5S

Pertandingan antara organisasi 5S
Anugerah amalan 5S
Organisasi model