5S Penyelesaian Bijak
Dokumen yang disusun kemas memudahkan pencarian apabila dikehendaki
Konsep 5S mula diperkenal di negara Jepun pada awal tahun 1980an. Tujuannya menjadikan tempat kerja selesa dan kemas.
Kejayaan pelaksanaan Program 5S di negara itu, terutama dalam
sektor perindustrian, telah membawa kepada penggunaannya secara
meluas di seluruh dunia pada hari ini. Di Malaysia, konsep itu mula
diperkenal pertengahan tahun 1980an dan
telah dipraktikkan dalam sektor swasta terutama
syarikat-syarikat multi-nasional.
Mengapa Perlu 5S?
Program 5S adalah usaha keseluruhan organisasi bagi
menjadikan tempat kerja bersih, tersusun dan
bersistem. Melalui amalan 5S, kita
akan membina disiplin dan etika
kerja yang baik di kalangan warga kerja yang
akan menghasilkan prestasi kerja yang lebih baik,
kerja berkualiti, memupuk semangat berpasukan
dan tolong-menolong yang tinggi.
Amalan 5S juga merupakan teknik yang paling berkesan
bagi mewujudkan budaya peningkatan secara
berterusan atau dikenali sebagai
‘Kaizen’ dalam Bahasa Jepun.
Perbadanan Produktiviti Negara ( NPC) merupakan antara
jururunding kepada organisasi yang berminat
melaksanakan Program 5S di negara
ini. Perkhidmatan itu disediakan
kepada organisasi swasta dan kerajaan. Setiap organisasi
yang mendapatkan perkhidmatan NPC akan diberi
latihan (3 sesi) dan lawatan
konsultasi (6 sesi).
Kakitangan diberi kebebasan menunjukkan kreativiti masing-masing
Objektif Utama Program 5S
Membina budaya Kaizen di tempat kerja
Membina kerjasama melalui penyertaan semua
Membina amalan kepimpinan pengurus dan penyelia
Meningkatkan infrastruktur untuk melaksanakan program Kaizen yang lebih maju
Ada dua pendekatan untuk mengamalkan 5S:
Pendekatan Kaizen
Pendekatan Inovasi
Oleh sebab 5S merupakan aktiviti yang berorientasikan
manusia dan proses, pendekatan Kaizen adalah cara
terbaik di mana pembaikan dilakukan secara
sedikit demi sedikit tetapi berterusan.
Bagi menjayakan Program 5S bukanlah
semudah yang disangka. Untuk tujuan itu,
komitmen yang tinggi diperlukan daripada semua peringkat
kakitangan. Antaranya :
Mengamalkan budaya kerja 5S
Menetapkan agenda perbincangan untuk pembangunan Program 5S
Meningkatkan pengetahuan berkaitan 5S
Meluangkan masa untuk 5S
Melaksanakan program 5S secara teratur tanpa tergesa-gesa
Memperuntukkan sedikit kewangan untuk pelaksanaan
Pelaksanaan
Pertama -Mengamalkan Seiri (Sisih)
Menyisih dan membuang barang yang tidak perlu di tempat kerja.
Kedua -Mengamalkan Seiton (Susun)
Menyusun dan menyimpan barang dengan kemas supaya
mudah untuk diambil dan disimpan semula selepas
digunakan.
Tempat simpanan boleh diakses oleh semua kakitangan.
Barang atau dokumen yang paling kerap digunakan diletakkan di tempat yang mudah dicapai.
Semua tempat dokumen atau barang diberi label.
Gunakan warna label bagi mendapatkan keceriaan.
Ketiga – Melaksanakan Seiso (Sapu)
Bentuk tugas pencucian dan mengemas mengikut kumpulan
Mempamerkan peta kawasan pembersihan dan tugasan
Menggabungkan aktiviti sapu,kilatkan,semak dan betulkan
Buat dengan kerjasama semua kakitangan
Keempat – Melaksanakan Seiketsu (Seragam)
Apabila tiga konsep di atas dilakukan akan wujud penyeragaman
Peraturan yang boleh dipatuhi oleh semua kakitangan diwujudkan
Kelima -Mengamalkan Shitsuke (Sentiasa Amal)
Audit dalaman 5S dilakukan secara berterusan
Melantik orang yang bertanggungjawab untuk kawasan tertentu
Memberi hadiah atau penghargaan bagi kumpulan yang berjaya mengamalkan 5S
Keenam -Persijilan 5S
Pertandingan antara organisasi 5S
Anugerah amalan 5S
Organisasi model